LOL!

2/08/2011

currently reading : Advanced Calculus Demystified




Haha, ceria kan design cover page buku ni? Tapi bila tengok tajuk, mesti ramai yang pangkah. Isi hati mereka mungkin lebih kurang seperti "Alamak,calculus....aku dah la tak minat matematik,apetah lagi calculus...nak2 yang advanced...mati aku macam ni..." ataupun "Calculus? Lupakan lah....memang bukan minat aku..."


Sebenarnya, calculus tidaklah susah sepertimana yang semua orang jangkakan. Ianya memerlukan minat dan usaha yang berterusan untuk menguasai subjek ini. Aku pun dulu tak lah berapa minat sangat dengan matematik, tapi disebabkan ayah aku cakap "Dalam apa2 bidang sekalipun, matematik pasti akan ada,", maka aku pun mula tanam minat dalam hati, nak skor subjek matematik. Kesan dari tu, sampai sekarang aku masih minat subjek matematik kerana subjek itulah yang paling jelas cara membuktikannya. Buktinya, setiap persamaan matematik adalah logik dan tidak kabur.

Baik, dari segi maksud, matematik dan kalkulus adalah 2 perkara yang berbeza. Matematik adalah operasi yang melibatkan nilai yang diketahui manakala kalkulus adalah operasi yang melibatkan nilai yang tidak diketahui ( Note : ini adalah pemahaman aku sendiri, jika salah sila inform aku ). Personally, matematik adalah lebih senang kerana operasinya adalah jelas dan tidak memeningkan kepala. Tetapi lain pula bagi kalkulus, operasinya adalah lebih rumit dan memerlukan pembuktian yang kukuh serta mempunyai banyak cabang. Oleh itu, kalkulus lebih sukar untuk dikuasai dan memerlukan banyak perah otak oleh si pemikir. Tidak mengapa, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

So, di bawah ni adalah list subjek yang aku nak self-learn sepanjang 8 bulan cuti ni. Kalau boleh, sambung ke buku yang lain la.

Chapter 01 - Functions of Multiple Variables
Chapter 02 - Fundamentals of Advanced Calculus
Chapter 03 - Derivatives
Chapter 04 - Integration
Chapter 05 - Cylindrical and Spherical Coordinates
Chapter 06 - Parameterizations
Chapter 07 - Vectors and Gradients
Chapter 08 - Calculus with Parameterizations
Chapter 09 - Vector Fields and Derivatives
Chapter 10 - Integrating Vector Fields
Chapter 11- Integration Theorems

Well then, i'll regularly update apa yang aku belajar nanti, so senang la nak buat reference nanti. ^___^

0 comments:

Post a Comment